checklist perkahwinan

7 Perkara Penting Mesti Ada Dalam Checklist Perkahwinan

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Artikel ini akan membincangkan tentang 7 perkara penting yang mesti ada dalam checklist perkahwinan khas untuk majlis perkahwinan anda.

Kelas Bina Website

Pembinaan laman web SEO-friendly oleh guru berpengalaman 15 tahun. Dapatkan hosting, domain, dan plugin pembina laman percuma bersama kami.

kelas rounded logo

7 perkara penting yang mesti ada dalam checklist perkahwinan khas untuk majlis perkahwinan anda

Jadual Majlis Perkahwinan

Jadual Majlis Perkahwinan

Pastikan anda tetapkan masa untuk setiap perkara untuk sebelum, semasa dan selepas majlis.

Apabila kita membuat majlis, masa adalah perkara yang penting untuk anda. 

Majlis yang cantik adalah bila anda tahu bila anda makeup, bila anda sampai dilokasi majlis, bila anda potong kek dan sebagainya. 

Dan pastikan anda ikut jadual tersebut supaya perjalanan majlis itu kemas.

Tentatif Pengacara Majlis Perkahwinan

pengacara majlis

Pastikan anda finalise tentatif anda dan serahkan kepada DJ atau pengacara majlis. 

Biasanya DJ atau pengacara majlis akan ikut tentatif anda kerana anda telah rehearsal tentang majlis tersebut.

Tentatif Salam Restu Pengantin

Sediakan tentatif salam restu pengantin. 

Ini untuk memastikan anda tahu siapa yang anda mahu untuk tampil keatas pelamin untuk salam restu. 

Salam restu ini adalah adat melayu yang kita akan buat dimulakan dgn keluarga pengantin, diikuti dengan saudara mara dan kawan-kawan pengantin. 

Lagi kemas kalau anda listkan orang yang anda nak untuk naik untuk salam restu tersebut.

Jika tidak, nanti majlis tersebut akan drag sebab tidak tahu siapa yang perlu naik untuk salam restu. 

Paling terbaik adalah jika anda inform awal-awal kepada mereka yang akan salam restu itu.

Follow Up Dengan Tok Qadi Mengenai Aturcara Majlis Perkahwinan

Follow Up Dengan Tok Qadi

Pastikan anda telefon atau whatsapp orang-orang yang bertanggungjawab seperti catering, make up artist, penggubah hantaran, dan lain-lain untuk pastikan mereka tidak lupa tentang aturcara majlis perkahwinan anda. 

Orang yang paling penting untuk anda ingatkan adalah Tok Qadi dan saksi-saksi majlis pernikahan anda kerana ada kes yang Tok Qadi lupa yang hari tersebut mereka akan mengakad nikahkan pasangan tersebut.

Tapau tenaga
Sponsored

Cetak Tentatif Checklist Kahwin

Pastikan anda buat tentatif dengan detail dan cetak tentatif checklist kahwin tersebut dan serahkan kepada Maid of honor / DJ / pengerusi majlis.

Tentatif Fotografer Perkahwinan

Tentatif Fotografer Perkahwinan

Antara orang yang paling penting di dalam majlis anda adalah fotografer dan videografer. Mengapa? 

Kerana merekalah individu yang bertanggungjawab untuk merakam memori-memori indah anda semasa majlis perkahwinan anda. 

Mereka perlu tahu perjalanan majlis anda supaya mereka tahu dimana posisi mereka semasa majlis anda terutama semasa majlis persandingan anda bermula daripada make up di rumah/hotel sehingga anda selesai majlis anda, termasuk shooting outdoor anda.

Lokasi Bergambar Di Outdoor

Lokasi Bergambar Di Outdoor

Jika anda mempunyai beberapa lokasi untuk bergambar di outdoor, pastikan anda beritahu fotografer dan videografer anda supaya mereka boleh advise anda tentang lokasi-lokasi tersebut. 

Tambahan daripada itu, jika anda mempunyai gaya gambar yang anda suka dan mahu ada dalam gambar anda, berikan kepada mereka untuk mereka ambil gambar anda mengikut gaya yang anda mahu ada dalam gambar atau video anda.

Gambar dibawah adalah contoh asas cheklist yang boleh anda ikut untuk majlis perkahwinan anda.

Jadual Majlis Perkahwinan

Majlis pernikahan dan persandingan adalah moment yang sangat sentimental untuk setiap pasangan yang bercinta dan menyayangi antara satu sama yang lain. 

Kerana Hanya gambar dan video hari bahagia anda sahaja yang boleh ditunjukkan kepada keluarga, rakan-rakan dan sanak saudara. 

Bahkan boleh tunjuk kepada anak dan cucu anda jika anda simpan dengan baik dan boleh disimpan sehingga akhir hayat.

Manakala event hall, catering, pelamin, sewa baju, doorgift dan yang lain-lain perkara hanya boleh dilihat di hari event anda sahaja. 

Jika anda sanggup berbelanja belasan ribu bahkan puluhan ribu pada benda yang boleh dilihat pada hari event sahaja, apa salahnya berbelanja pada sesuatu yang anda boleh lihat sehingga akhir hayat anda iaitu fotografi dan videografi untuk majlis anda.

Fotografer Perkahwinan

Jangan khuatir, kami di Qlens, HQ di Kuala Lumpur menawarkan servis fotografi dan videografil pakej jimat sehingga pakej premium untuk anda ambil. 

Servis kami meliputi seluruh Semenanjung Malaysia terutama di Lembah Klang. Anda boleh hubungi kami di whatsapp (018 913 4924 – admin) atau di instagram (@qlensphoto).

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. Terima kasih.