Jenis Rakan Kongsi

5 Jenis Rakan Kongsi Dalam Perniagaan Perkongsian

Dalam artikel ini kami akan membincangkan tentang 5 Jenis Rakan Kongsi Dalam Perniagaan Perkongsian untuk memudahkan anda memilih rakan kongsi yang baik dalam perniagaan.

Menguruskan sebuah perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat pelbagai faktor yang anda perlu pertimbangkan seperti faktor pengurusan yang tidak baik, pekerja yang tidak memberikan prestasi yang baik, dan sebagainya.

5 Jenis Rakan Kongsi Perniagaan Perkongsian

Apabila semuanya berjalan dengan lancar, anda akan dapat menikmati nikmat perniagaan yang berkembang dan maju. Namun, tidak dinafikan bahawa pengurusan perniagaan secara berseorangan bukanlah satu perkara yang mudah.

Jika dilihatkan dari segi statistik dalam milikan perniagaan, kebanyakan orang akan memilih perniagaan perkongsian manakala tidak banyak orang memilih perniagaan milikan tunggal. Kenapakah ianya sedemikian? Mari kita ketahui 5 sebab orang memilih perkongsian perniagaan.

1. Jenis Rakan Kongsi Bagi Memudahkan Pengurusan Perniagaan

Anda semestinya mengetahui bahawa dua adalah lebih baik dari satu? Perkara ini juga diguna pakai dalam urusan perniagaan. Apabila anda seorang sahaja yang menguruskan perniagaan dan kewangan, semestinya ianya akan merumitkan anda.

Oleh itu apabila anda mempunyai rakan kongsi perniagaan, anda boleh membahagikan tugas kepada rakan kongsi anda. Semua perkara akan menjadi lebih teratur dan mudah apabila tugas-tugas dalam perniagaan dibahagikan sama rata.

Sebagai contoh, anda hanya fokus pada bahagian jualan dan urusan harian perniagaan, manakala rakan kongsi anda menguruskan akaun dan pengambilan pekerja baru. Dengan cara ini, anda tidak akan tersilap pandang terhadap semua aspek perniagaan.

2. Jenis Rakan Kongsi Bagi Modal Tidak Terhad

Apabila anda membuka perniagaan jenis milikan tunggal atau rakan kongsi enterprise, anda hanya boleh berkongsi modal dengan rakan kongsi perniagaan anda sahaja. Oleh yang demikian, modal perniagaan anda adalah terhad.

Namun, sekiranya anda perniagaan perkongsian syarikat Sdn. Bhd., modal perniagaan untuk syarikat anda akan menjadi tidak terhad kerana anda boleh menjual syer saham anda kepada orang awam.

Apabila lebih banyak orang awam membeli syer saham anda, duit tersebut akan dijadikan sebagai modal yang boleh digunakan untuk membesarkan perniagaan anda ataupun digunakan sebagai modal untuk membeli lebih banyak bahan untuk produk anda.

3. Jenis Rakan Kongsi Bagi Menaikkan Nilai Perniagaan

Tahukah anda bahawa setiap perniagaan perkongsian jenis Sdn. Bhd. mempunyai nilai perniagaan yang dianggarkan pada setiap tahun? Anggaran penilaian perniagaan tersebut akan mempengaruhi keputusan pelabur untuk melabur ke dalam syarikat anda.

Namun, apabila kita membandingkannya dengan perniagaan milikan tunggal dan perniagaan perkongsian jenis enterprise, jenis ini tidak mempunyai syer saham, jadi nilai perniagaan mereka hanyalah bergantung kepada prestasi perniagaan mereka pada setiap tahun.

Milikan tunggal dan perniagaan perkongsian enterprise hanya boleh menjual hak milik perniagaan kepada pembeli yang inginkan perniagaan mereka sekiranya mereka tidak lagi ingin meneruskan perniagaan mereka.

4. Jenis Rakan Kongsi Bagi Mempunyai Liabiliti Terhad

Banyak orang sudah sedia maklum berkenaan perbezaan yang paling ketara antara enterprise dan Sdn. Bhd. iaitu berkenaan liabiliti perniagaan. Perniagaan jenis enterprise mempunyai liabiliti tidak terhad.

Ciri liabiliti tidak terhad yang dimiliki oleh milikan tunggal dan rakan kongsi enterprise membuatkan risiko untuk jatuh muflis apabila perniagaan mereka berhutang menjadi tinggi.

Namun, ianya berbeza buat perkongsian perniagaan syarikat Sdn. Bhd. kerana ciri liabiliti terhad membuatkan si pemilik perniagaan hanya akan berhutang mengikut modal yang dikeluarkan sahaja dan tidak melibatkan aset peribadi si pemilik perniagaan.

5. Perniagaan akan berterusan antara sebab memilih perniagaan perkongsian

Kerisauan utama apabila pemilik perniagaan berdaftar dalam perniagaan enterprise ialah perniagaan tersebut akan terbubar sekiranya rakan kongsi mereka meninggal dunia, muflis ataupun terdapat perselisihan faham antara satu sama lain.

Namun, ianya berbeza buat perniagaan perkongsian jenis syarikat Sdn. Bhd. kerana perniagaan tersebut masih akan berjalan walaupun pemilik perniagaan tersebut meninggal dunia.

Apa yang akan berlaku ialah syer saham tersebut akan diwariskan kepada pewaris yang termaktub di dalam wasiatnya dan perniagaan akan berjalan seperti biasa. Pewarisnya mempunyai hak untuk menyimpan atau menjualkan nilai syer saham tersebut.

Pelbagai Jenis Jenis Rakan Kongsi Perniagaan

5 sebab inilah yang membuatkan lebih banyak orang memilih perniagaan perkongsian syarikat Sdn. Bhd. kerana terdapat pelbagai jenis perniagaan perkongsian yang boleh dipilih. Sekiranya anda ingin memperbadankan syarikat Sdn. Bhd. dan sedang mencari khidmat setiausaha syarikat yang profesional, anda boleh klik di link ini