Kecuaian Perubatan

Kecuaian Perubatan: Mahkamah Anugerah Gadis RM2.78 Juta

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Berlaku satu kes kecuaian perubatan pada tahun 2005 di mana seorang gadis berusia 9 tahun, Nurul Husna Muhammad Hafiz mengalami kerosakan otak akibat daripada kecuaian hospital dan kakitangan. 

Selepas 9 tahun iaitu pada tahun 2014, kanak-kanak tersebut dianugerahkan ganti rugi 2.78 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas beliau menang dalam saman terhadap kerajaan, hospital dan 28 yang lain.

Kecuaian Perubatan: Mahkamah Menganugerahkan Gadis Berumur 9 Tahun RM2.78 Juta

Peguam Yang Dilantik Oleh Keluarga Nurul Husna

Peguam yang mewakili kanak-kanak malang, Nurul Husna dalam kes kecuaian perubatan ini adalah Manmohan S.Dhillon manakala Peguam Kanan Persekutuan, Zaliha Mohd Janis mewakili defendan. 

Peguam Manmohan S.Dhillon memberitahu kepada pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengarahkan wang itu dibayar kepada ibu bapanya, Muhammad Hafiz Abd Wasit dan Dr Nor Azalina Mohd Songib yang bertindak sebagai pemegang amanah kepada Nurul Husna.

Kuantum Ganti Rugi

Selepas mendengar testimoni mengenai kuantum ganti rugi daripada ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit serta 3 pakar perubatan, mahkamah mengarahkan defendan untuk membayar ganti rugi tersebut. 

Peguam beliau berkata, pada 3 September yang lepas, kerajaan, hospital dan kesemua defendan mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kecuaian tersebut. 

Jumlah yang 2.78 juta yang dinyatakan adalah melibatkan 345K untuk ganti rug khas, 151K untuk ganti rugi pra-perbicaraan, 350K untuk ganti rugi penderitaan dan sakit serta 1.9 juta untuk ganti rugi masa depan. 

Mahkamah memaklumkan wang ganti rugi yang diterima oleh oleh penjaga Nurul Husna perlu digunakan untuk kegunaan kanak-kanak tersebut. 

Tambahan, sejumlah 210K juga telah diperintahkan kepada defendan untuk dibayar kepada plaintif. Bapa Nurul Husna, Muhammad Hafiz berpuas hati ketika diminta mengulas mengenai keputusan mahkamah dan akan digunakan sebaiknya untuk menjaga anaknya pada masa akan datang.

Tuntutan Atas Kecuaian Defendan

Dalam penyataan tuntutan, ibu mangsa iaitu Nor Azalina memberitahu anaknya mengalami kerosakan otak yang sangat kritikal dan tidak dapat dirawat akibat kecuaian defendan.

Tambahan nya lagi, Nurul Husna terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk menjalankan kegiatan hariannya. 

Kejadian yang berlaku pada 22 Julai 2005 di mana akibat daripada kecuaian merawat, menjaga dan menguruskan Nurul Husna, beliau mengalami impak keresahan dan penderitaan mental yang sangat teruk.

Tapau tenaga
Sponsored

Bagi pihak defendan, mungkin jumlah ganti rugi tidak membawa sebarang masalah kerana ganti rugi kos guaman dan saman kepada kanak-kanak tersebut akan dibayar oleh pihak kerajaan. 

Tetapi mungkin kes ini akan menghantui setiap defendan ketika menjalankan rawatan kepada pesakit lain akibat daripada kecuaian tersebut.

Pengajaran Atas Kes

Pengajaran yang boleh diambil dari kes ini, pengguna atau pesakit perlu tau hak sebagai pengguna.

Bagi pengamal perubatan pula, anda perlu melindungi kerjaya anda. Bagi kes ini, defendan sangat bertuah dimana mereka adalah dibawah tanggungan kerajaan. 

Tetapi bagaimana pula bagi pengamal perubatan yang bukan dibawah kerajaan. Sekiranya ini berlaku dan pengamal perubatan tiada wang sebanyak itu untuk membayar kepada mangsa, pasti akan memberi impak yang lagi besar. 

Solusinya, insurans professional indemnity perlu diambil untuk semua pengamal perubatan supaya anda dilindungi sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

Profesional Indemnity Insurance

Kami merupakan Corporate Agent Takaful berdaftar yang boleh membantu anda untuk mendapatkan Profesional Indemnity Insurance untuk tujuan renewal APC.

Syameem Ahmad
Corporate Agent Takaful & Insurance
Kavago @ Buraq Associates
Protect Your Risk

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Profesional Indemnity Insurance ini anda boleh menghubungi kami di 0182028281 atau whatsapp ke 0182028281

Sumber : Astro Awani