madu asli

Tujuh (7) Cara Untuk Menentukan Madu Asli

Sejujurnya, biasanya sukar nak membezakan madu asli dan madu yang tiruan.

Sekarang ini madu di pasaran banyak yang tiruan dan bukan asli. Dalam satu keratan akhbar mengatakan bahawa hamper 80% Madu di pasaran adalah Madu tiruan dan bukan madu asli Malaysia. Oleh itu, orang ramai jadi sangsi dan was-was untuk membeli Madu di pasaran kerana meragui keaslian madu yang dijual iaitu beza diantara madu tualang asli dan tiruan.

Tujuh (7) Cara Mengenal Madu Tualang Asli dan Tiruan di Pasaran

Tujuh 7 Cara Untuk Menentukan Madu Asli 1

Kami nak sharekan cara-cara mengenal madu tualang asli dengan beberapa tips. Ada tujuh (7) cara yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi memastikan madu tualang original dan tiruan.

Sijil Kelulusan Ujian Makmal Untuk Madu Asli Malaysia

Sijil Kelulusan Ujian Makmal Untuk Madu Asli

Pertama, untuk menentukan samada madu tualang asli dan tiruan adalah, madu yang asli mestilah mempunyai sijil kelulusan ujian makmal di Malaysia. Antara makmal yang membuat ujian sesuatu sampel Madu itu tidak mempunyai bahan campuran lain adalah Unipeq UKM, SGS dan Genom Malaysia. Ini adalah salah satu cara untuk kita pastikan bahawa Madu itu asli, tiada bahan campuran benda dalam dalam Madu tersebut.

Team Pemburu Madu Original

Team Pemburu Madu Asli

Kedua, kita kena pastikan bahawa Madu yang dijual itu mempunyai team pemburu madu yang menuai madu tersebut. Sebab utama kena ada team pemburu madu ini adalah kerana madu tualang asli hanya dituai dari sarang lebah. Jika tiada team pemburu madu yang menuai atau mengambilnya maka sumber pengambilan madu asli itu boleh dipertikaikan.

Bukti Proses Mengambil Madu Tualang Asli

Bukti Proses Mengambil Madu Asli

Ketiga, Madu tualang asli itu mempunyai gambar atau video dokumentasi yang menunjukkan proses pengambil madu tualang asli tersebut oleh team pemburu madu. Dengan adanya bukti kompilasi dokumentasi seperti gambar dan video maka lebih meyakinkan orang ramai bahawa keaslian madu itu terjamin.

Kilang Penapis Madu Asli di Pasaran Yang Mendapat Kelulusan

Kilang Penapis Madu Yang Mendapat Kelulusan

Keempat, pastikan ada kilang penapisan madu yang mempunyai kelulusan dari pihak berkuasa. Sebagai contoh kilang penapisan madu yang diiktiraf oleh MeSTI yang dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Fungsi kilang ini hanya untuk menapis sarang madu dan mendapatkan cecair madu untuk dibotolkan. Pastikan juga kilang ini boleh dilawati agar kitab oleh pastikan bagaimana pemprosesan penapisan madu itu dijalankan. Ini untuk mengelakkan supaya tiada perkara yang tak diingini berlaku seperti penambahan bahan manisan seperti gula atau lain-lain.

Sarang Lebah atau Sepah Madu di Dalam Madu

Sarang Lebah di Dalam Madu

Kelima, pastikan kandungan madu yang dijual itu mempunyai sarang lebah. Mustahil andai kata Madu dijual akan tetapi sarang lebahnya tiada. Sebab sumber utama madu keluarnya dari sarang lebah. Tiada sarang lebah maka pastinya madu itu tidak asli dan diragui keasliannya. 

Ingat tak pepatah ada mengatakan ‘Habis Madu, sepah dibuang’. Sepah madu itu adalah sarang lebah yang telah diperah untuk mendapatkan madunya. Jika Madu itu jenis tualang maka sarang lebahnya sangat besar dan mampu memberikan hamper 100KG madu tualang dalam satu sarang lebah tualang. 

Manakala untuk Madu jenis kelulut, sarang lebahnya berada dalm bongkah-bongkah kayu dan tuainnya sangat terhad untuk satu bongkah. Ada juga sarang lebah yang dibina oleh lebah hasil dari bantuan manusia seperti rekaan kayu untuk lebah membina sarang di dalamnya. 

Paling utama adalah hasil hutan ini datangnya dari sarang lebah, bukan diproses di kilang.

Kuantiti Dalam Jualan Madu Asli

Kuantiti Dalam Jualan Madu Asli

Keenam, untuk memastikan keaslian madu yang dijual di pasaran itu adalah dari cukup kuantitinya dari sumber pengambilannya. Andai kata madu itu jenis Madu Tualang maka logiknya kuantiti pengeluarannya agak besar untuk dikormesialkan kerana hasil tuaian dari satu sarang lebah mampu memberi hasil sebanyak 100KG untuk satu sarang dan terdapat banyak sangat sarang lebah tualang di pokok petualang dan dijangka mampu memberi hasil tuaian sehingga mencecah 1 tan. Itu logiknya untuk dapatan hasil tuaian dari madu dari jenis Tualang. Manakala untuk madu kelulut dari sarang lebah yang dibela, hasil tuaiannya madunya bergantung kepada berapa banyak bongkah kayu atau satrang lebah yang disediakan oleh manusia. Paling baik adalah kita lihat sendiri di mana ladang kebun madu mereka untuk kita pastikan dapatan madu adalah madu asli.

Jaminan Pulangan Wang Semula

Jaminan Pulangan Wang Semula

Ketujuh, terakhir adalah jaminan pulangan wang semula atau ‘moneyback guarantee’ andai Madu yang dijual disahkan tidak asli. Jaminan yang diberikan kepada orang ramai adalah sebagai satu keberanian dari pihak yang menjual madu bahawasanya Madu yang mereka jual dijamin asli dan tiada keraguan.

Mitos Dalam Membuktikan Madu Asli Dan Tiruan

Macam mana nak sahkan Madu itu tidak asli adalah dengan memberi bukti dari ujian makmal yang dibuat ke atas madu tersebut. Sekiranya pembuktian keaslian Madu tu dibuat berdasarkan mitos-mitos orang dulu-dulu maka tidak sah dan tidak boleh digunapakai. Apakah mitos-mitos orang dulu-dulu yang boleh dipertikaikan? Contohnya seperti:

  • Sekiranya madu dihurung semut maka tidak asli. Tetatpi zaman sekarang ini, nasi pun semut hurung. Kadang buah epal atau air masak pun semut hurung juga. Secara logiknya, semut sukakan benda manis. Madu perlu rasanya manis jadi lagilah semut suka.
  • Sekiranya madu disimpan dalam peti ais tempat sejuk beku maka madu tidak asli. Madu adalah cecair, cecair apabila dibekukan maka bekulah cecair. Itu logiknya. Akan tetapi kami pernah membuat eksperimen meletakkan madu jenis gelap dalam bahagian sejuk beku peti ais, hasilnya adalah madu yang asli masih lagi mengalir seperti cecair. Akan tetapi untuk Madu jenis cerah pula, apabila disimpan dalam peti ais sejuk beku maka madu akan crystalize atau mengeras kerana kadar air dalam madu cerah lebih banyak berbanding madu gelap.
  • Sekiranya madu diletakkan di atas pinggan putih, diletakkan air pada dan digoyang pinggan tersebut maka akan terhasilnya bentuk heksagon seperti bentuk sarang lebah. Ini juga satu ujian yang boleh dipertikaikan kerana ada ujian yang sama ke atas bahan lain seperti kicap dan cuka kurma. Hasilnya sama seperti ujian dilakukan ke atas madu asli.

Begitulah tujuh (7) cara atau tips yang boleh kami sharekan kepada orang ramai sebagai rujukan sebelum membeli sesuatu madu di pasaran. Sekurang-kurangnya anda telah membuat satu penyelidikan terperinci sebelum membeli.

Disebut dalam AL Quran bahawasanya Madu adalah ubat untuk penyakit kepada manusia. Yang dimaksudkan adalah Madu Asli bukan Madu tiruan yang mempunyai campuran bahan lain. Andai kata madu itu tidak asli maka ianya bukan memberi kesembuhan malah membawa kepada penyakit yang lain. Minta dijauhkan kejadian sebegitu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada orang ramai.

Madu Quad Tualang

Madu Quad

Artikel ini telah ditulis oleh Encik Mohd Faizal Bin Eshak. Beliau adalah pengasas kepada Fitrah Sunnah yang merupakan ‘one stop centre’ untuk mendapatkan makanan sunnah terbaik seperti Madu Quad Tualang Asli, Habbatussauda dan Minyak Zaitun. Beliau telah berkecimpung dalam industry ini sejak 2015 sehingga kini.

Madu Quad Tualang Asli memenuhi tujuh cara memastikan keaslian madu yang dijual. Anda boleh dapatkan Madu Quad bersama kami. Lokasi kedai Madu Quad kami di Kg. Sg. Penchala, Damansara, Kuala Lumpur berdekatan dengan Restoran Sambal Hijau. Kami juga boleh poskan Madu Quad ke seluruh Malaysia. Boleh terus buat pembelian di laman web madu quad.

Akhir kata, bermadulah kerana ianya Sunnah. Satu rumah, sebotol Madu Quad untuk diamalkan oleh seisi keluarga.