Madu Tualang Quad Asli, Dijamin Asli

8 Sebab Madu Tualang Quad, Dijamin Asli

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Sesungguhnya Madu Tualang Quad Asli itu manis dan berkhasiat. Bukan sahaja makanan sunnah yang mempunyai 1001 khasiatnya malah banyak kajian saintifik yang membuktikan madu memberi banyak manfaat kepada kesihatan manusia sejagat. Antara madu yang berkualiti tinggi dan dipercayai ramai adalah Madu Tualang Quad Asli.

Madu dihasilkan oleh sekumpulan lebah di dalam sarang mereka. Ada pelbagai jenis madu di dunia ini seperti madu tualang, kelulut, propolis, manuka, semanggi, akasia dan sebagainya.

Banyak betul jenis madu. Macam-macam jenis dan pelbagai jenama madu yang terdapat di pasaran. Ada yang diimport dan ada juga madu yang diperoleh daripada pengeluar tempatan. Ada madu yang dihasilkan oleh lebah ternak dan ada juga madu asli yang diperoleh daripada hutan tebal.

Madu Tualang Quad Asli ini adalah madu yang dihasilkan oleh Lebah Tualang iaitu Apis Dorsata daripada hutan.

Lebah Tualang@Apis Dorsata

Pemburu MQ 1

Madu tualang adalah antara madu yang bermutu tinggi dan dihasilkan oleh lebah tualang atau nama saintifiknya ‘Apis Dorsata’.

Lebah tualang, lebah madu gergasi ini adalah lebah madu yang hidup di kawasan tropika. Nama lebah tualang diambil bersempena dengan sarang yang dibina kebanyakannya di pokok Tualang. Pokok tualang pula tumbuh di hutan tebal, jadi madu ini agak susah untuk diperoleh. Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya bersifat terbuka.

Oleh itu, Madu Tualang Quad Asli hanyalah diperoleh daripada hutan dan bukannya daripada lebah ternak. Semestinya juga kualiti madu quad tualang asli ini adalah di antara yang terbaik. Madu ini mengandungi fenolik dan flavanoid yang tinggi. Ia juga dapat meningkatkan stamina, mengubati batuk, mengelakkan demam, selsema dan tinggi dengan antioksida.

Madu Tualang Quad Asli ni rasanya manis, pekat, likat dan lembut. Warna madunya pula ada gelap dan juga terang, bergantung pada lokasi sarang pengambilan madu.

Ciri-ciri Madu Tualang Quad Asli

Pemburu MQ 4

Penghasilan madu juga bergantung kepada cuaca dan musim semasa madu dihasilkan oleh lebah Apis Dorsata. Sekiranya cuaca panas terik, madu yang dituai akan lebih kental berbanding madu di kawasan musim hujan kerana lebah mempunyai cukup waktu untuk mengipaskan madu yang terkumpul di dalam sarangnya.

Untuk pengetahuan semua, Lebah Apis Dorsata ini menggunakan sayap untuk menurunkan kadar air (kelembapan) madu secara semulajadi. Kelebihan madu kental ini pula, ianya susah untuk menjadi bergas. Begitulah keunikan karakteristik madu lebah liar tualang hutan negara kita. Berbeza-beza warna, berbeza kekentalan dan berbeza nektar bunga.

Jadi antara ciri-ciri Madu Tualang Quad Asli ini adalah seperti yang berikut;

  1. Warna Madu Tualang Asli ada yang berwarna gelap dan juga berwarna cerah. Perbezaan warna dan rasa Madu Tualang kepada dapatan hasil tuaian sarang lebah di pokok tualang sama ada di tanah rendah atau di tanah tinggi.
  2. Madu tualang yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus dan berkumpul di permukaan. Setelah beberapa ketika, buih-buih halus ini akan menyusut dan meninggalkan kesan buih di permukaannya. Jika di dalam botol, lama kelamaan ia akan membentuk gelang polen atau propolis di sekeliling permukaan dinding botol tersebut.
  3. Bau haruman madu tualang agak kuat dan sedikit masam disebabkan oleh bau pati debunga hutan.
  4. Madu Quad ini mempunyai rasa aroma bunga multiflora yang lazat.
  5. Kepekatan madu tualang agak cair dan tidak pekat oleh kerana kandungan air di dalamnya agak tinggi iaitu 22%-26% namun bergantung kepada keadaan cuaca semasa madu dihasilkan.

Madu adalah Makanan Sunnah

team pemburu madu 5

Madu ialah satu sumber makanan yang semenangnya terkenal di serata dunia. Madu bukan sahaja diambil sebagai makanan sumber kesihatan, malah banyak digunakan di dalam masakan, minuman dan juga kuih muih.

Bagi orang Islam, kita percaya kepada manfaat dan khasiat madu sebagai makanan sunnah. Kebaikan madu juga disebut dalam kitab Al-Quran.

“Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yamg menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir.” [Surah An Nahl : ayat 69]

Madu tualang merupakan alternatif rawatan yang telah digunakan sejak dahulu lagi.

Antara manfaat dan khasiat Madu Tualang Quad asli adalah seperti berikut;

Pemburu MQ 6

  • Kaya dengan Antioksida

Kandungan asid fenolik dan flavonoids di dalam madu tualang antara yang tertinggi di kalangan madu yang ada di Malaysia. Ianya adalah sumber antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia. Antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada rosak.

  • Meningkatkan stamina dan kesuburan

Pengambilan madu tualang dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan beberapa hormon wanita.

  • Mempercepatkan penyembuhan luka

Madu tualang dapat membantu proses penyembuhan luka dan juga kesan terbakar. Ia juga dapat membantu melambatkan infeksi bakteria di dalam luka terutamanya bagi pesakit kencing manis.

  • Sumber Tenaga

Madu merupakan salah satu daripada sumber karbohidrat ringkas yang merangkumi glukosa dan fruktosa (65%-80%). Karbohidrat adalah sumber tenaga utama yang diperlukan oleh setiap individu.

  • Anti-Radang

Memandangkan kesan perawatan madu boleh membantu menyembuhkan luka, maka ianya juga mempunyai manfaat untuk mengurangkan keradangan. Ia juga dapat melindungi diri daripada sinaran UV yang dapat mendorong kepada masalah keradangan dan kerosakan DNA pada sel badan.

  • Anti-Kanser

Madu tualang yang kaya dengan bahan antioksida dapat membantu memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser. Kandungan flavonoids juga dapat membantu mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.

  • Penjagaan Kecantikan Kulit

Kandungan flavanoid di dalam madu tualang menjadikannya kaya dengan antioksida dan menjadi pelindung kepada sel dan tisu kulit. Antioksida akan membantu mengekalkan kolagen dan melambatkan proses penuaan dan kulit akan kelihatan cantik berseri-seri. Madu tualang juga boleh dijadikan masker untuk menghaluskan kulit muka.

Ini hanyalah sebahagian daripada manfaat madu Quad tualang asli untuk kesihatan kita. Apa yang penting kita perlu mendapatkan madu yang asli untuk mendapat manfaat kesihatan daripadanya.

Pengedar Madu Tualang Quad Asli

Untuk mendapatkan madu Quad tualang asli, kita mestilah mendapatkannya daripada pengedar yang sah. Ustaz Mohd Faizal melalui syarikatnya, Fitrah Sunnah adalah Rakan Niaga rangkaian Madu Quad yang sangat berpengalaman dalam penjualan madu Quad tualang asli.

Menurut Ustaz Mohd Faizal, beliau menjalankan perniagaan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan minyak zaitun adalah untuk membantu memberikan manfaat kesihatan kepada orang ramai melalui pemakanan sunnah yang sihat dan terjamin keasliannya.

Beliau telah membantu ramai orang mendapatkan manfaat daripada pemakanan sunnah ini terutamanya menjadikan madu sebagai makanan tambahan harian. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan tahap kesihatan diri.

Malah ada juga pelanggannya yang menghidapi pelbagai jenis penyakit dapat mengurangkan kesakitan hasil daripada amalan makan madu Quad tualang asli ini.

8 sebab kenapa mesti pilih Madu Tualang Quad Asli?

Poster Sarang 5
  1. Produk keluaran Muslim yang dijamin bersih dan halal
  2. Dituai oleh Team Pemburu Madu, bukan import dari China
  3. Menepati syarat piawai madu antarabangsa
  4. Lebah hutan terbaik iaitu Apis Dorsata, bukan lebah ternak
  5. Madu tualang yang kaya dengan Bee Pollen, Debungan dan Propolis
  6. Madu dari ribuan nektar bunga, multifloral
  7. Tiada campuran gula disahkan oleh UNIPEQ UKM
  8. Mempunyai Sijil FOSIM KKM, MeSTI KKM, SGS dan GENOM Malaysia

Madu Tualang Quad Asli ni boleh didapati di dalam pelbagai size dan pembungkusan. Ada yang di dalam botol pelbagai saiz dan juga ada di dalam bentuk stick yang mudah di bawa kemana-mana.

Madu Quad (2 kg) – RM225

Madu Quad (1 kg) – RM120

Madu Quad (430 g) – RM55

Madu Quad (180 g) – RM25

Madu Quad Sarang (3 kg) – RM390

Madu Quad Sarang (1 kg) – RM120

Madu Quad Sarang (325 g) – RM55

Madu Quad Stick (100 pcs)

Jika berminat untuk mendapatkan Madu Quad Tualang Asli, boleh hubungi:

USTAZ MOHD FAIZAL ESHAK

NO TELEFON: 012 3335 615

ALAMAT: NO. 2991-7, JALAN DAMANSARA, KG. SG. PENCHALA, 60000, KUALA LUMPUR

WEBSITE: WWW.FITRAHSUNNAH.COM