Muhyiddin Yassin Letak Jawatan

Muhyiddin Yassin Letak Jawatan

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Hari ini 16 Ogos 2021, merupakan sejarah baharu buat Malaysia apabila secara rasminya Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8.

Dilantik Sebagai Caretaker PM

Dalam sebuah kenyataan daripada Istana Negara, Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta. Difahamkan, Seri Paduka juga bertitah supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ atau sementara sehingga perdana menteri baru dilantik.

“Pada sesi mengghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta merta berkuat kuasa pada hari ini.

“Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya YAB Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri sehingga perdana menteri baru dilantik,” kata kenyataan yang dikeluarkan Istana

Sementara itu, di media sosial rata-rata pengguna mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas khidmatnya selama ini sebagai Perdana Menteri. Malah, tidak kurang juga ada yang bersedih dengan khabar berita tersebut termasuk beberapa selebriti tanah air apabila berita tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan ini.

Mila Menangis Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan

Sejak tularnya berita mengenai Muhyiddin akan meletakan jawatan semalam , selebriti seperti Mila Jirin dan Heliza akui berasa terkesan setelah mendapat tahu mengenainya. Di laman Instagram, Mila memuatnaik sebuah video yang menunjukkan dirinya menangis teresak-esak berikutan terlalu sedih mengenai Muhyiddin.

Jelas Mila , kesedihannya itu adalah kerana mengenangkan jasa dan bantuan Muhyiddin kepadanya.

“Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah pun sedih kalau perdana menteri nak letak jawatan sebelum ini.

“Tapi mungkin … Sebab dia bantu aku. Dia bantu aku,”

“Insya-Allah, aku doa sangat, moga Allah mudahkan urusan semua orang di Malaysia. Insya-Allah, angkatlah Covid-19 ini jauh-jauh ya Allah. 

“Insya-Allah, kita bergantung harap kepada Allah. Allah ada. Minta maaf kawan-kawan. Teremosi pula,” katanya dalam nada teresak-esak.

Video itu sehingga kini ditonton hampir 200,000 tontonan dan menerima lebih 500 komen daripada pengikutnya di Instagram.

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Heliza Akui Turut Bersedih

Menerusi entri Instagram, Heliza memuat naik satu video yang menunjukkan beberapa keping foto Muhyiddin sepanjang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri. Menurut Heliza, ia bukan mudah bagi mana-mana pihak untuk berada di kedudukan beliau ketika ini.

“Ya Allah, sebaknya. Bukan mudah nak berada di posisi abah (Muhyiddin), perjuangan serta pengorbanan abah.

“Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk abah dan kami semua, rakyat Malaysia sebuah negara yang Engkau redai. Pandu kami Ya Allah,” coretnya

Bagaimanapun, menerusi carian Femes hantaran tersebut telah pun dipadam oleh penyanyi dan aktivis ini.

heliza e1629117117204

 Amelina Sebak

“Sayu hati kaklong tiba-tiba” Itulah luahan ratu dangdut Malaysia Amelina yang akui berasa sebak apabila berita tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin letak jawatan sebagai Perdana Menteri ini tersebar. Menurut Amelina, dia tidak pernah mendapat mana-mana bantuan yang diberikan oleh kerajaan, namun sebagai rakyat marhaen dia menghormati pemimpin itu dan turut berterima kasih kepadanya.

“Turunlah dewa bersayap sekali pun..kalau dinamakan manusia tetap masing-masing tidak puas hati”

“Terima kasih Tok Abah (Muhyiddin) kerana semampu yang boleh buat yang terbaik untuk kami selama ini”

“Sebagai rakyat bagi Kak Long, Kak Long suka mengamalkan sikap ‘di mana bumi dipijak disitu langit Kak Long Junjung”

“Bantuan? Kak Long tak pernah dapat pun selama ini tetapi Kak Long tak pernah merungut bagi Kak Long itu mungkin bukan rezeki Kak Long. Mungkin hak untuk Kak Long itu ditakdirkan untuk orang yang lebih memerlukan. Jadi Kak Long tetap berusaha untuk teruskan kehidupan dan banyakkan bersyukur” tulisnya

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin)

Linda Rafar Berterima Kasih Pada Muhyiddin

Bagi penyanyi Linda Rafar pula, dia akui turut menangisi khabar berita perletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Berkongsi sebuah video yang menunjukkan khidmat bekas Perdana Menteri Ke-8 itu, Linda menyifatkan Muhyiddin telah membuat perkara yang terbaik untuk Malaysia sepanjang berkhidmat.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by LR (@lindarafar)