Netizen Bengang Dengan Carl Samsudin Gara-Gara Malukan Warga Emas

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Di laman Twitter hari ini tular mengenai seorang usahawan terkenal, Carl Samsudin berkenaan dengan sebuah video yang dikatakan telah memalukan seorang warga emas.

Menerusi video yang telah dikongsi semula oleh Jofliam yang juga usahawan dan suami kepada blogger terkenal, Cik Epal di laman Insta-story nya, kelihatan Carl bertanyakan kepada warga emas tersebut adakah dia menyesali dengan tingkah laku nya ketika masih muda.

“Masa muda dulu, menyesal tak? tak buat betul-betul?”


“Masa muda dulu menyesal tak banyak main-main?banyak tak buat betul-betul, malas?” ujar Carl

Susulan itu, Carl bertanyakan pula kepada orang ramai adakah mereka mahu menyesal hanya ketika sudah meningkat usia untuk mencari kejayaan. Video tersebut yang telah dikongsi semula oleh netizen di Twitter telah mencetuskan kemarahan pengguna laman itu selepas mereka menyifatkan ia sebagai satu perbuatan yang biadap.

Bagi Jofliam pula, dia menegaskan bahawa video tu adalah berdasarkan muatnaik Carl di laman Instagram nya dan bukanlah fitnah semata-mata. Jelasnya, tujuannya berkongsi semula video itu kerana berasakan usahawan tersebut tidak seharusnya bertanyakan sedemikan terutamanya kepada warga emas.

Malah, Jofliam turut mengharapkan agar orang ramai dapat melaporkan kepada pihak berkuasa susulan Carl dilihat telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tidak memakai topeng pelitup muka seperti yang kelihatan di dalam video tersebut.

jofliam

Di laman Twitter, video tersebut telah mendapat lebih dari 90 ribu tontonan dan hampir 3 ribu ulang kicau daripada pengguna.