pelaburan

Pelaburan Dalam Menangani Inflasi

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Artikel ini akan membincangkan tentang Bagaimana pelaburan boleh membantu menangani inflasi yang dijangka akan melanda pada tahun 2022.

Pelaburan merupakan salah satu elemen penting dalam pengurusan kewangan di mana pelaburan berupaya meningkatkan tahap kestabilan kewangan individu mahupun sesebuah organisasi melalui pulangan yang lumayan. Ramai yang sedia maklum mengenai kepentingan kestabilan kewangan dan sedar bahawa kewangan yang kukuh merupakan satu kemestian.

Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa pelaburan ini mempunyai pelbagai kebaikan dan kelebihan, sekiranya bermula lebih awal. Perkara ini telah terbukti berkesan terhadap ramai pelabur-pelabur terkenal, di mana mereka berkongsi persamaan yang sama, iaitu mula melabur seawal mungkin.

Tapau tenaga
Sponsored

Warren Buffett, seorang pelabur terkenal mula melabur di usia 11 tahun dan kini telah mencipta kekayaan bernilai 111.8 billion dolar Amerika. Beliau mula melabur secara konsisten di dalam aset, saham serta syarikat yang berpotensi dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

Banyak sumber serta data juga menunjukkan dengan jelas bahawa semakin cepat anda mula melabur, semakin baik pulangan yang anda akan terima di masa hadapan. Kebanyakan yang mula terdedah dengan pelaburan di usia yang muda, akan memahami konsep pengurusan kewangan serta mampu mencapai matlamat panduan kewangan yang diimpikan.

Di sini, saya ingin mengupas beberapa perkara yang boleh dijadikan rujukan serta sebab untuk kita mula melabur sekarang.

1. Inflasi Sedang Memakan Nilai Kekayaan Anda

Inflasi Sedang Memakan Nilai Kekayaan Anda

Inflasi adalah susut nilai terhadap nilai duit dari tahun ke tahun. Inflasi memberi kesan langsung terhadap pertumbuhan ekonomi negara serta kuasa membeli individu.

Kita selalu dengar berkenaan gurauan, beberapa tahun sebelum ini, dengan wang RM50, kita mampu untuk memenuhkan satu troli dengan barangan keperluan rumah. Namun kini, dengan wang RM50 yang sama, kita mungkin hanya mampu untuk memenuhkan satu beg plastik kecil sahaja. Inilah contoh kesan langsung inflasi terhadap individu.

Bayangkan jika ini berlaku pada wang simpanan kita. Katakan kita menyimpan RM10,000 sama ada untuk persaraan ataupun untuk perbelanjaan anak-anak, adakah wang yang kita simpan sudah cukup untuk tampung kos pada masa akan datang?

Hakikatnya, nilai RM10,000 dalam simpanan kita sebenarnya makin mengecil. Semakin lama disimpan, maka nilainya akan semakin mengecil.

Namun, jika kita laburkan RM10,000 tersebut dalam instrumen pelaburan yang memberi pulangan secara purata sebanyak 10%, maka wang tersebut akan berkembang kepada RM25,937 dalam masa 10 tahun.  

2. Mengembangkan Kekayaan Melalui Kadar Pulangan Yang Lebih Baik

Mengembangkan Kekayaan Melalui Kadar Pulangan Yang Lebih Baik

Sekiranya anda hanya menyimpan wang di akaun simpanan di bank, maka anda akan jauh dari sasaran matlamat kewangan anda. Terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang menarik dan mampu memberikan pulang yang konsisten.

Namun begitu, anda perlu berhati-hati kerana setiap pelaburan akan terdedah dengan risiko. Semakin tinggi risiko sesuatu instrumen pelaburan, semakin tinggi potensi pulangan. Begitu juga dengan potensi kerugian.

Walaupun begitu, elakkan untuk jadikan ini sebagai penghalang bagi anda memulakan pelaburan. Risiko lebih besar bila lakukan sesuatu tanpa ilmu.

Anda boleh tambahkan ilmu pelaburan dahulu, untuk kurangkan risiko kerugian dan optimumkan peluang keuntungan. Anda juga boleh dapatkan khidmat Penasihat Kewangan professional, supaya pelaburan anda terjaga, dipantau dan sentiasa diuruskan dengan baik. Penasihat Kewangan ini perlulah berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Ingat, risiko perlu diurus dengan baik, bukan lari dari risiko. Kerana disebalik risiko, terdapat peluang yang besar.

3. Wang Bekerja Untuk Kita

Wang Bekerja Untuk Kita

Selama ini, kita bersusah payah bekerja, semata-mata untuk dapatkan sumber pendapatan bagi tampung keperluan keluarga, serta memenuhi keperluan kewangan. Pendapatan dari hasil titik peluh anda ini dipanggil sebagai pendapatan aktif.

Instrumen pelaburan merupakan kaedah terbaik, untuk anda buat wang anda bekerja untuk anda. Melalui pelaburan, wang yang anda labur boleh memberikan pulangan lumayan, sama ada dalam bentuk dividen mahupun keuntungan modal.

Menurut Robert T. Kiyosaki, pelaburan merupakan satu keperluan untuk jana pendapatan melalui wang yang anda ada, di mana anda memiliki lebih masa dan ruang untuk diri dan keluarga. Manakala wang anda yang akan bekerja, dan dapatkan pendapatan untuk anda.

4. Faedah berganda

Faedah berganda

Menariknya mengenai pelaburan ini adalah apabila anda melaburkan semula keuntungan yang anda terima dari modal yang anda keluarkan. Ini bermaksud, modal pelaburan anda sentiasa meningkat, namun, peningkatan modal tersebut bukan datang dari poket anda.

Sebagai contoh, dengan bermodalkan RM10,000, anda mula melabur dengan purata pulangan 10% setahun. Untuk tahun pertama, anda akan mendapat pulangan RM1,000. Jika anda laburkan semula RM1,000 ini, menjadikan modal terkini anda adalah RM11,000, anda berpotensi untuk mendapat pulangan RM1,100 pada tahun kedua.

Faedah berganda ini merupakan elemen yang sangat menarik dalam pelaburan yang membantu mempercepatkan anda capai matlamat kewangan anda.

Seperti yang saya maklumkan, setiap pelaburan akan terdedah dengan risiko. Untuk meminimakan risiko ini, dalam masa yang sama meningkatkan peluang keuntungan dengan lebih optimum, adalah dinasihatkan supaya anda mendapatkan khidmat kepakaran dari Penasihat Kewangan.

Shuhaimie Razak (FAR, CMSRL, ShRFP)

Licensed Financial Advisor

www.shuhaimierazak.com