roadtax kereta

Tidak Perlu Lekat Roadtax Kereta Pada Kenderaan Persendirian

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Artikel ini akan membincangkan tentang isu roadtax kereta yang tak perlu ditampal pada kenderaan oleh Kementerian Pengangkutan baru-baru ini.

Perlu Memasang Roadtax Kereta?

Hari ni hangat bila mana menteri pengangkutan Loke Siew Fook umumkan berkenaan roadtax kenderaan (LKM) digital dan lesen memandu digital. Rata-rata ramai masih keliru dan tidak jelas dengan arahan dari menteri pengangkutan mengenai roadtax kereta ini.

 

Untuk fasa pertama, kategori dibawah masih perlu untuk mempamerkan Lesen Kenderaan Memandu (LKM) atau roadtax pada cermin kenderaan ;

  1. LKM persendirian syarikat
  2. Kenderaan pemilikan warganegara asing
  3. Kenderaan perdagangan meliputi kenderaan barangan dan kenderaan perkhidmatan awam

Roadtax Online Untuk Kenderaan Persendirian

Tetapi untuk pemegang roadtax persendirian individu, pilihan terbaru boleh bertukar kepada roadtax digital di mana warganegara Malaysia disarankan untuk download app MyJPJ jika ingin beralih arah. Didalam app juga akan tertera lesen memandu digital dibawah pemilik akaun yang berdaftar.

Tapau tenaga
Sponsored

Harga Roadtax Digital

Walaupun roadtax digital diperkenalkan, roadtax masih perlu dibayar sama seperti harga roadtax fizikal cuma perbezaannya tidak perlu dipamerkan jika sudah dikemaskini di dalam app.

Bagi yang tidak mahu bertukar ke digital, masih boleh kekal dengan roadtax fizikal kerana ianya tidak wajib dan lebih praktikal dimana mudah untuk melihat tarikh roadtax expired berbanding jika di dalam apps dan tidak timbul isu semasa sekatan jalan raya sekiranya ada masalah internet pada telefon atau pada bateri telefon.

Secara kesimpulannya, roadtax kenderaan persendirian masih lagi diwajibkan dan tidak dimansuhkan tetapi tidak wajib dipamerkan pada cermin kenderaan.

Moga bermanfaat ya

Kami merupakan Corporate Agent Takaful & Insurance berdaftar yang boleh membantu anda untuk renew insurans dan Roadtax anda semudah 1, 2 , 3.

Syameem Ahmad
Corporate Agent Takaful & Insurance
Roadtaxonthego @ Buraq Associates
Protect Your Risk

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di 0182717515 atau whatsapp kami disini.

#roadtaxonthego