kursus scaffolding

Peluang Belajar Sebagai Pemasang Perancah Untuk Program TVET YSD – Kursus Scaffolding

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Kursus Scaffolding 1

Kursus Scaffolding

Anda berminat untuk belajar kursus scaffolding TVET Malaysia dan menjadi seorang Pemasang Perancah yang diiktiraf oleh JKKP? 

Inilah peluang emas anda untuk menceburi bidang ini dengan menjadi sebahagian daripada program latihan Vokasional Teknikal dan Pendidikan Tinggi (TVET) yang disokong sepenuhnya oleh Yayasan Sime Darby.

Bila Kursus TVET Malaysia Ini Dijalankan?

Kursus ini akan berlangsung selama 2 bulan dengan tarikh pengambilan dari Disember 2023 hingga Januari 2024. 

Terdapat pelbagai kelebihan yang disertakan dalam program ini, antaranya adalah elaun bulanan, serta penginapan dan persijilan kompetensi yang dikeluarkan oleh CIDB. 

Kursus ini diadakan di Akedemi Binaan Malaysia yang berada di tengah kuala lumpur

Di Mana Saya Boleh Daftar Kursus TVET Ini?

Walau bagaimanapun, terdapat syarat kemasukan yang perlu dipatuhi oleh bakal peserta. 

Antara syarat-syaratnya ialah calon perlu menjadi Warganegara Malaysia, berumur di antara 18 hingga 25 tahun semasa permohonan, memiliki pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000, dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pembinaan serta berhasrat untuk memajukan diri.

Jangan lepaskan peluang emas ini untuk merubah nasib anda! Sertai program ini dengan mendaftar melalui pautan di bawah: 

Pautan borang

Pautan Pendaftaran Dengan berserta program latihan ini, anda berpeluang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran yang relevan serta sijil yang diiktiraf oleh CIDB. 

Jom sertai kami sekarang!