Set Penjagaan Kulit Umrah Haji Rehla

2 Sebab Kenapa Set Penjagaan Kulit Umrah Haji Perlu

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Baca kisah pengalaman pengguna set penjagaan kulit Umrah Haji Rehla yang perlu anda fikirkan atau bawa semasa berada di Tanah suci Mekah.

 

Wabak pandemik Covid-19 telah memberikan impak yang besar terhadap hampir semua aspek kehidupan harian termasuk aktiviti ibadat bagi umat Islam di seluruh dunia. Antara contoh perubahan tersebut ialah penjarakan yang diharuskan oleh pihak kerajaan ketika solat berjemaah.

 

Selepas dua tahun, kerajaan telahpun memberikan kebenaran untuk melancong ke luar negara seperti biasa. Ini juga bermaksud kita sudah boleh pergi menunaikan ibadat umrah dan haji, namun kita perlu mengikut norma baru yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

 

Antara norma baru yang perlu diikuti ialah semua peserta umrah dan haji perlu mempunyai suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap, serta mengemukakan sijil vaksinasi yang disahkan oleh pihak kerajaan Malaysia untuk pergi menunaikan umrah atau haji.
Selain itu, pihak kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan bahawa had umur yang dibenarkan untuk pergi ke kota suci Mekah mestilah bawah umur 65 tahun sahaja pada tahun 2022 ini.
Apabila anda berada di kota suci Mekah, satu bilik hotel akan dimuatkan dengan enam orang daripada rombongan umrah. Namun, penularan wabak Covid-19 menyebabkan SOP baru diperkenalkan yang hanya boleh memuatkan sebanyak dua orang untuk satu bilik sahaja.
Terdapat pelbagai lagi perubahan yang perlu dipatuhi oleh jemaah umrah dan haji, namun antara perkara yang tidak berubah ialah cuaca di sana yang selalunya panas kering atau sejuk kering. Jika anda tidak tahu akan perkara ini, anda mungkin akan berasa tidak selesa apabila berada di sana.

Oleh itu, kebanyakan orang Malaysia yang sudahpun menunaikan haji atau umrah di kota suci Mekah akan menasihatkan kawan-kawan mereka untuk membawa set penjagaan kulit umrah haji. Adakah ianya diperlukan? Mari kita lihat kisah-kisah jemaah haji yang sudahpun pergi ke sana.

Kisah 1: Set Umrah Tak Mesra Wuduk

Pada kebiasaannya apabila seseorang pergi bersama agensi pelancongan untuk melakukan ibadat umrah, tempoh berada di Mekah dan Madinah selalunya hanya selama 12 hari sahaja. Rakan kami yang bernama Ahmad mendapat peluang untuk menunaikan umrah secara percuma.

Disebabkan dia menerima berita ini dalam masa yang agak singkat, Ahmad tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyemak kelengkapan umrah yang perlu dibawa semasa mengerjakan ibadat umrah terutamanya set penjagaan kulit umrah Haji.

Apabila sampai di kota suci Mekah, Ahmad menunaikan ibadat umrah dengan khusyuk bersama rakan sekerja yang merupakan sebahagian daripada kumpulan umrah milik syarikat mereka.

Namun, suasana mereka beribadat di sana menjadi muram apabila Ahmad mendapati bahawa salah satu daripada set penjagaan kulit miliknya mengandungi alkohol dan ianya bukannya bahan yang mesra wuduk.

Rakan-rakan sekerjanya hanya terdiam melihat situasi tersebut. Ahmad berasa amat malu kerana dia tidak melakukan semakan menyeluruh berkenaan set penjagaan kulit umrah haji tersebut. Nasib baik salah satu daripada rakannya mempunyai set penjagaan kulit umrah haji Rehla.

Apabila ditanya di mana dia membeli set penjagaan kulit tersebut, katanya ibunya memberikan set umrah tersebut kerana ibunya juga pernah mengalami masalah yang sama. Syukur Alhamdulillah, Ahmad sudah tidak berasa was-was dan khusyuk menunaikan ibadatnya.

Kisah 2: Skincare Untuk Umrah Khas Kepada Masalah Kulit

Husna sudahpun berumur 42 tahun dan bekerja sebagai kerani dalam sebuah syarikat di Malaysia. Setelah sekian lama menyimpan wang dan memasang niat untuk mengerjakan ibadat umrah, Alhamdulillah akhirnya dia berkesempatan untuk mengunjungi kota suci Mekah pada 2018.

Apabila ditanya di mana dia membeli set penjagaan kulit tersebut, katanya ibunya memberikan set tersebut kerana ibunya juga pernah mengalami masalah yang sama. Syukur Alhamdulillah, Ahmad sudah tidak berasa was-was dan khusyuk menunaikan ibadatnya.

Apabila dia sedang menunaikan solat isyak di hotelnya, badan Husna mula berasa sangat gatal dan tidak selesa. Terpinga-pinga dengan situasi tersebut, dia mengalami masalah untuk kekal khusyuk dalam ibadat solatnya.

Beberapa jam selepas itu, gatal-gatal tersebut mula hilang. Tanpa berfikir panjang, dia pun pergi tidur di katilnya. Keesokan harinya, Husna mendapati bahawa kulitnya menjadi semakin kering dan kelihatan kusam. Dia sangka bahawa tubuh badannya tidak mempunyai hidrasi yang mencukupi.

Oleh yang demikian, dia hanya meminum air kosong dengan harapan kulitnya akan menjadi lembap semula. Namun, situasi tersebut menjadi semakin teruk sehinggakan kulit bibirnya merekah dan berdarah pada hari ketiga berada di kota suci Mekah.

Dia menangis di bilik hotelnya dan berasa amat sedih kerana diuji sedemikian dan terpaksa menahan sakit. Namun, syukur kerana rombongan yang diikutinya saling bantu membantu. Ada seorang ahli rombongan tersebut yang sudahpun mengunjungi kota suci Mekah beberapa kali.
Katanya, punca utama dia berasa gatal-gatal di kulit badan ialah disebabkan oleh kandungan garam yang sangat tinggi di dalam saluran air paip. Kebanyakan peserta umrah yang berasal dari benua Asia akan mengalami masalah kegatalan kulit.
Selain itu, cuaca di sana yang selalunya panas kering atau sejuk kering akan menyebabkan kulit serta bibir menjadi kering dan merekah. Beliau memberikan set penjagaan kulit miliknya untuk diguna pakai sepanjang mereka berada di sana dan masalah kulit tersebut menjadi semakin baik.
Demikian merupakan dua kisah pengalaman peserta umrah yang mengalami masalah apabila mereka berada di kota suci Mekah. Sebab itulah anda memerlukan set penjagaan kulit umrah haji untuk dibawa ke sana.
Apakah produk set penjagaan kulit umrah haji yang boleh disyorkan kepada anda? Anda boleh menggunakan set penjagaan kulit umrah haji Rehla yang diperbuat daripada bahan natural, mesra ihram, dan menjaga kulit untuk kekal lembap.

Umrah Set Rehla

Umrah set Rehla amat sesuai untuk digunakan kerana ia mempunyai SPF50 yang Eco-Friendly serta dapat membantu melindungi kulit anda daripada cuaca yang panas dan kering. Jadi, sekiranya anda ingin pergi menunaikan ibadat umrah atau haji, anda boleh order set ini sekarang.