Aisar Khaled Buat Hal Lagi

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Aisar Khaled buat hal lagi! Kubur arwah masih merah dan tidak sampai 24 jam dikebumikan namun sudah ada individu yang didakwa tidak menjaga sensitiviti Allahyarhamah Siti Sarah. Instafamous , Aisar Khaled dikatakan sekali lagi mencetusan kontroversi  selepas perkongsian videonya singgah ke pusara Siti Sarah mendapat kecaman hebat daripada warganet. 

Intipati Video

Menerusi perkongsian video yang berdurasi 10 minit melalui saluran Youtube nya, Aisar yang ketika itu menaiki sebuah kereta menyatakan turut bersedih dengan pemergian arwah Siti Sarah.

Seperti yang sedia maklum, negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan  tiada aktiviti ziarah-menziarah kubur dibenarkan.

aisar khaled buat hal lagi

Difahamkan, ketika itu Aisar hanya berada di luar pintu pagar tanah perkuburan dan turut mengambil video dan gambar di kawasan sekitar. Ketika dalam perjalanan pulang,  jejaka tinggi lampai ini sempat membuat sedikit ulasan mengenai pemergian arwah.

Susulan itu, pelbagai kecaman telah diberikan oleh  netizen yang mengkritik nya termasuk mempersoalkan  pemakaiannya yang dilihat seperti serba tidak kena sekaligus dikatakan tidak menghormati kawasan tanah perkuburan.

"Give Away? Kau Dah Kenapa!"

Dalam pada itu, netizen turut mempertikaikan mengenai ‘giveaway’ yang dianjurkan oleh Aisar. Pada penghujung video terselit;

“Siapa yang edit video paling cantik bakal memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100”

aisar1

erbuatan yang dilihat tidak sensitif itu mendapat kecaman teruk dari netizen. Bahkan  seperti ‘menangguk di air yang keruh’ dimana bertujuan untuk mengaut keuntungan.

Antara kecaman dari netizen

“Tak kena dekat family sendiri lagi, tu yang kalut buat content,” 

“@aisar_khaleed like seriously? Make it as content? Give some respect bro! Jenis asal semua boleh buat duit semua langgar. Takde common sense ke?”

“Tak penat ke bodohkan diri sendiri” ujar mereka

Bukan Pertama Kali Aisar khaled Dikecam

Sebelum ini Aisar sudah berapa kali dikecam oleh netizen dimana termasuklah sebelum ini dia dilaporkan memakai baju ketat ketika menerima vaksin.

aisar khaled

Terdahulu, isu  pembaziran gel penyejuk badan ‘Cool Fever’ , selain tidak mengimbas kod MySejahtera ketika menjamu selera di restoran turut menjadi tumpuan di media sosial. 

Nota Terkini: Selepas menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen, Aisar akhirnya menurunkan video tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

aisar