papan tanda kedai

5 Garis Panduan Memasang Papan Tanda Kedai Dalam Perniagaan

Femes Malaysia adalah satu blog yang memaparkan artikel perniagaan di Malaysia. Jika anda ingin meletakkan artikel perniagaan anda disini, hubungi kami di sini.

Artikel ini akan membincangkan tentang keperluan memasang papan tanda kedai dalam perniagaan untuk pendiri bisnes yang baru mempunyai kedai dan ingin memasang signboard dan secara tidak langsung membina brand perniagaan anda.

5 Garis Panduan Memasang Papan Tanda Kedai Dalam Perniagaan

Kelas Bina Website

Pembinaan laman web SEO-friendly oleh guru berpengalaman 15 tahun. Dapatkan hosting, domain, dan plugin pembina laman percuma bersama kami.

kelas rounded logo

Permulaan Berbisnes

Kebiasaan pendiri bisnes sering menganggap papan tanda kedai atau signage tidak penting kerana lebih meletakkan bajet untuk menghiasi kedai atau premis, mengisi stok barangan jualan, menambah mesin-mesin peralatan dan juga mencari pekerja. 

Apabila mereka menghadapi kesukaran dalam memperkenalkan kedai mereka kepada pelanggan barulah tercari-cari kontraktor signboard tetapi mereka sudah kekurangan bajet. Akhirnya mereka meletakkan papan tanda kedai atau signboard hanya sebagai memenuhi syarat sahaja.

Harga Papan Tanda Perniagaan

papan tanda kedai 1

Peruntukan untuk sesebuah outdoor signboard adalah penting untuk meningkatkan nilai sesebuah bisnes. 

Papan tanda kedai juga boleh digunakan sebagai offline marketing bagi mereka.

Kebiasaan harga papan tanda perniagaan untuk outdoor signboard sehingga kepada indoor signage bermula daripada RM1000 keatas dan terpulang kepada pendiri bisnes untuk memaksimakan penggunaan signboard / signage mereka. 

Mereka juga boleh meminta konsultasi daripada kontraktor signboard tentang kesesuaian penggunaan sesuatu signboard mengikut bisnes yang mereka jalankan.

Lesen

papan tanda kedai 2

Untuk memasang signboard di luar kedai/premis memerlukan mereka memohon kelulusan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Pembandaran ditempat bisnes masing-masing didirikan. 

Sebelum mendapat lesen signboard mereka juga perlu mempunyai lesen perniagaan dan lesen partition. 

Jika gagal mereka akan dikenakan denda atau kompoun bermula mengikut satu-satu kesalahan.

Tapau tenaga
Sponsored

Jenis Papan Iklan Kedai

papan tanda kedai 3

Terdapat pelbagai jenis papan iklan kedai dan signage mengikut trend terkini yang menjadi daya penarik kedai/premis mereka. 

Antara yang masih mendapat banyak permintaan ialah dari jenis Lightbox, GI Metal Frame (tidak berlampu) Zig Zag Frame, Billboard Frame, Acrylic Frame, 3D Cut out.

Ada juga Box up lettering atau logo, LED Sign, Neon Sign dan juga bermacam-macam lagi.

Ketahanan Papan Tanda Kedai

papan tanda kedai 4

Bagi yang pertama kali menempah mereka pasti teruja dengan pelbagai jenis signboard yang berada dipasaran.

Kebanyakannya ialah custom made kerana setiap kedai / premis mempunyai size yang berbeza-beza. 

Lebih kemas dan cantik jika signboard yang ditempah mengikut size kedai masing-masing. 

Keterujaan terhadap design yang dihasilkan daripada pereka grafik yang menghasilkan design yang luar biasa juga menambah value sesebuah kedai / premis tersebut. 

Tetapi jangan di sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari apabila signboard yang ditempah tidak dapat bertahan lama disebabkan beberapa faktor alam dan sekitar seperti cuaca, material, rebranding dan sebagainya.

Survey Papan Premis Kedai Dari Kontraktor

papan tanda kedai 5

Jika ditanya bagaimana untuk mendapatkan signboard yang berkualiti pada harga yang berpatutan serta dapat bertahan lama, amatlah disyorkan untuk melakukan survey papan premis kedai dan pastikan kontraktor yang betul.

Anda juga digalakkan supaya tidak melalui orang tengah atau perantara kerana harga yang anda dapat sudah tentu tinggi.

Anda juga tidak dapat mengetahui detail material yang digunakan sekaligus tidak tahu tentang kualiti signboard itu sendiri. 

Pergilah dibeberapa buah kedai signboard dan fahami material yang digunakan mereka agar tidak membuat kesilapan dalam membuat pilihan. 

Pemilihan yang betul akan menyebabkan penjimatan dan kualiti signboard anda akan dapat bertahan lebih daripada 5 tahun.

bigsign advertising e1654248252978

Big Sign Advertising adalah sebuah syarikat pembuatan papan tanda berstatus bumiputera dan kilang beroperasi di Hicom Industrial Park, Seksyen 26 Shah Alam, Selangor. 

Berkepakaran lebih 6 tahun dalam pembuatan papan tanda dan mempunyai tenaga kerja mahir serta mesin-mesin fabrication signboard Lightbox sehingga 3D box up.

Antara pelanggan mereka seperti Syarikat Al-Ikhsan, UiTM, UNISEL, Sime Darby, PKNS, Perbadanan Putrajaya,  Hannan Medispa, SUK, dan pelbagai agensi korporat dan swasta.

Sila lawati website mereka di www.bigsign.com.my

ig: bigsign.advertising

fb: bigsign adv

Hubungi mereka untuk khidmat konsultasi percuma di talian 03-3885 0243 / 012-2431880 / 012-2575059